CARTA PERKEMBANGAN BAYI

View previous topic View next topic Go down

CARTA PERKEMBANGAN BAYI

Post  mama_faiz on Mon May 25, 2009 3:45 pm


Bulan Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia
boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.






Bulan kedua

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada
yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi
boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada
waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.



Bulan ketiga:



Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang
menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini
biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.




Bulan keempat:



Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu
menyusu untuk bermain dan men
cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam
dan dia suka pada warna terang.




Bulan kelima:



Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif.
Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia
mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia
mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.




Bulan keenam:



Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula
menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula
menyebut beberapa bunyi.




Bulan ketujuh:



Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka
juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke
satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda
waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi
mula menye.but perkataan seperti \\\"mama\\\" atau \\\"dada\\\".




Bulan kelapan:



Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai
membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus
meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam
mulutnya bertaburan.





Bulan kesembilan:



Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan
sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.






Bulan kesepuluh:



Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya
dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi
perkataan atau bunyi berkali-kali.




Bulan kesebelas:



Seorang bayi mung kin dapat berdiri dari keadaan duduk
menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan.
Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal
pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa
patah perkataan yang boleh difahaminya.




Bulan kedua belas:



Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah
yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan
lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau
kandang permainannya.





Namun, bayi adalah unik dan setiap bayi mempunyai perkembangannya yang tersendiri...

mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

View user profile http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Re: CARTA PERKEMBANGAN BAYI

Post  mama_faiz on Mon May 25, 2009 3:52 pm

Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum
pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke
langkah pertamanya.

1 Bulan

• Membawa tangan ke arah mata dan mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda

2 Bulan


• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut

3 Bulan


• Menutup dan membuka tangan
• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka

4 Bulan


• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 Bulan


• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 Bulan


• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.

7 Bulan

• Duduk tanpa sokongan
• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"

8 Bulan


• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.

9 Bulan


• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 Bulan


• Merangkak dengan laju
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus

11 Bulan


• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki

12 Bulan


• Mula berdiri tanpa sokongan
• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan

mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

View user profile http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum